Wednesday, 20 July 2011

Kemerdekaan

Mari Belajar

Nota KOmsas Form 4 & 5

Cerpen: F4: Menatap Wajahnya
Tema/P’soalan: Kasih sayang dan prihatin guru kepada pelajar cacat, pengorbanan guru ikhlas, cacat bukan halangan cemerlang, konflik jiwa pelajar
L/Msykt: Masyarakat kampus, guru dan kampung, penting pendidikan tinggi, gigih dan cekal, simpati dan prihatin, penyayang
Nilai: Kasih sayang, simpati dan belas kasihan, gigih dan cekal, sabar, rajin, suka menolong
P’ajaran: Tabah hadapi dugaan hidup, rajin belajar, tolong orang kurang nasib baik, kenang jasa orang
Cerpen: F4: Annyss Sophillea
Tema/P’soalan: Perjuangan menentang kejahatan, persahabatan murni, sifat keji pemimpin tamak, pengorbanan demi persahabtan dan kebenaran
L/Msykt: Masyarakat Bumi dan Alstonia, orang Alstonia miliki kesaktian, tamak kuasa, dapat kerjasama walaupun dari dunia berbeza
Nilai: Gigih dan cekal, berani, kasih sayang, kerjasama, belas kasihan, amanah
P’ajaran: Berani juang tegak kebenaran dan hapus kezaliman, kerjasama untuk menang perjuangan, sedia bantu orang susah, jangan tamak harta/kuasa
Cerpen: F4: Kerana Manisnya Epal
Tema/P’soalan: Berjuang pertahan hak warisan, hargai hak orang lain, perpaduan sejagat, hidup orang tua setelah kematian isteri
L/Msykt: Masyarakat luar negara, pelbagai bangsa, pekebun epal dan pelajar, mementingkan hak warisan, suka perpaduan, penyayang
Nilai: Kasih sayang, simpati dan belas kasihan, berani, rajin, saling menghormati, gigih, bijaksana
P’ajaran: Rajin bekerja, usaha kekalkan warisan, bersahabat dengan semua orang, sayang ibu bapa untuk balas jasa, simpati orang susah, tepati janji, bijak dalam usaha
Cerpen: F4: Lambaian Malar Hijau
Tema/P’soalan: Cinta alam sekitar dengan ilmu untuk pertahan alam, guru gigih laksana tanggungjawab, hidup pedalaman yang tenang, orang asli mundur dan miskin
L/Msykt: Masyarakat orang asli, tidak penting pelajaran, cintai alam sekitar, guru yang gigih
Nilai: Kasih sayang, gigih, amanah, pintar, kenang jasa
P’ajaran: Pelajar rajin belajar, kenang jasa, jaga alam sekitar, guru tunjuk iltizam tinggi
Cerpen: F4: Pusaran
Tema/P’soalan: Kasih antara manusia dan haiwan, usaha pertahan hak, kepercayaan karut Melayu, orang kampung tidak pentingkan pendidikan
L/Msykt: Masyarakat kampung Melayu Islam, pentingkan pelajaran, petani dan pesawah, percaya bomoh, korban pada Hari Raya Korban
Nilai: Kasih sayang, insaf, berani, simpati
P’ajaran: Makhluk saling menyayangi, hormati hak orang lain, anak rajin belajar, ibu bapa terima hakikat luar biasa anak, fahami perasaan anak, jangan mudah percaya bomoh
Cerpen: F4: Budi yang Tak Terbeli
Tema/P’soalan: Kasih sayang ibu pada anak, beza nilai orang bandar dan desa, menabung berfaedah, rindu kampung halaman
L/Msykt: Masyarakat desa dan bandar, orang desa bertani/bersawah/menternak, orang kota makan gaji, pandai jimat cermat, suka menabung, pegawai sombong, orang kota sibuk dan jarang bergaul, terpengaruh Barat
Nilai: Sabar, kasih sayang, insaf, jujur, rajin
P’ajaran: Sayangi ibu, balas jasa ibu, sabar dalam semua keadaan, hormati orang tua, jimat cermat dan suka menabung, jujur dalam semua perkara
Cerpen: F5: Tragedi
Tema/P’soalan: Ayah tabah atas anak mati, kasih sayang sahabat baik, percaya qadak qadar, tidak berdendam, tragedi jadi iktibar, sedia akui kesalahan, sanggup khidmat masyarakat, usaha gigih dapat hasil
L/Msykt: Masyarakat Sabah, orang muda bebas, simpati dan prihatin, penyayang, tabah, sedia kerjasama
Nilai: Kasih sayang, simpati, rajin, yakin diri, akui kesalahan, tepati janji
P’ajaran: Terima takdir dengan tabah, simpati orang susah, berani akui kesalahan, maafkan kesalahan orang lain dan minta maaf, maafkan kesalahan orang lain dan tidak dendam, jangan pandu mabuk
Cerpen: F5: Virus Zel untuk Abah
Tema/P’soalan: Kekeluargaan - anak derita dari cerai, kasih sayang hapus dendam, ibu tunggal gigih jaga anak, sahabat sejati, wanita boleh berjaya tanpa lelaki
L/Msykt: Masyarakat peniaga, ibu tunggal, keruntuhan rumahtangga, penting ilmu komputer
Nilai: Kasih sayang, simpati, terima takdir, cekal, tekun, yakin diri, bijaksana, saling menasihati
P’ajaran: Tabah hadapi dugaan, jangan simpan dendam, rajin belajar, usaha nasihat kawan, belajar guna komputer mempercepat kerja

Cerpen: F5: Aku, Kris dan Kristal
Tema/P’soalan: Kental prinsip hidup dan iman anak muda belajar di rantau, sahabat lain agama dan budaya, berani hidup di rantau ketika muda, didikan agama sempurna mengawal orang, penting ibu bapa nasihat anak, pelajar tiada pegangan runtuh moral
L/Msykt: Masyarakat tempatan belajar di luar negara, pelajar universiti, fahami budaya orang lain, penting pelajaran, penyayang
Nilai: Kasih sayang, peramah, rajin, berani, saling menghormati
P’ajaran: Pandai bawa diri di rantau, jaga sopan dan maruah diri, jangan mudah dipengaruhi hidup bebas, rajin belajar, dengar nasihat ibu bapa, jangan tindak ikut emosi
ada kepercayaan karut
Nilai: Kasih sayang, simpati, tabah, bijaksana, berani
P’ajaran: Simpati dan bantu yatim piatu, tabah hadapi dugaan, guna ikhtiar lari dari musuh kejam, sayangi semua makhluk
Cerpen: F5: Sebutir Pasir di Kaki

Tema/P’soalan: Milikan tanah antara orang kaya dan miskin di bandar, sanggup berkorban untuk tanah pusaka, tegas dan tidak dipengaruhi wang, penipuan untuk dapatkan tanah orang
L/Msykt: Masyarakat peniaga dan usahawan, sayang tanah pusaka, tidak pentingkan wang dan pangkat
Nilai: Kasih sayang, menolong, ikhlas, berani, bijak
P’ajaran: Berani pertahan hak, berunding baik untuk selesai masalah, jangan jual tanah pusaka
Cerpen: F5: Di Sisi Rinda
Tema/P’soalan: Derita hidup mangsa Perang Dunia Kedua, anak hilang semua keluarga kerana dibom, kasih sayang sesama manusia dan dengan haiwan, juang teruskan hidup walaupun diancam Jepun
L/Msykt: Masyarakat Melayu kampung tepi laut, mangsa perang, anggota tentera, penyayang, ada kepercayaan karut
Nilai: Kasih sayang, simpati, tabah, bijaksana, berani
P’ajaran: Simpati dan bantu yatim piatu, tabah hadapi dugaan, guna ikhtiar lari dari musuh kejam, sayangi semua makhluk
Cerpen: F5: Mariah
Tema/P’soalan: Anak gigih dengan ayah buruk akhlak, remaja gigih jaga ayah, pelajar cari wang untuk belajar, guru prihatin, sahabat sejati kekal, hancur hati gadis kerana kelakuan ayah
L/Msykt: Masyarakat guru dan sekolah, penting pelajaran, prihatin, lemah iman, peniaga, hadapi banyak masalah, gigih usaha cari kejayaan
Nilai: Kasih sayang, simpati, membantu dan menolong, rajin, sabar, ikhlas
P’ajaran: Simpati dan bantu orang nasib malang, tabah hadapi dugaan, anak usaha jaga ayah, jangan tindak ikut perasaan

Mari Belajar Bahasa Melayu

Nota KOmsas Form 4 & 5

Puisi: F4: Pantun Mengenang Nasib
P’soalan: Sedih sukar diubat, hidup tidak sentiasa senang, sedih boleh disembunyi
Nilai: Sabar, tabah, percaya qadak qadar
P’ajaran: Jaga hati dan perasaan orang, terima takdir Tuhan dengan tabah, tidak perlu sembunyi kesusahan
Puisi: F4: Pantun Kiasan
P’soalan: Barang rosak masih boleh guna tujuan lain, dagang merendah diri di rantau, cita-cita tinggi sukar dicapai, anggap suatu tak pasti mlik kita akan datangkan kecewa, semua boleh selesai masalah
Nilai: Jimat cermat, rendah diri, berani, yakin diri
P’ajaran: Jangan membazir, jangan harap yang tidak pasti, jangan terlalu rendah diri, usaha gigh untuk cita-cita, miliki rasa yakin diri
Puisi: F4: Syair Pembunuhan Angreni
P’soalan: Rancangan bunuh Ratna Angreni, tipu muslihat membunuh supaya tidak diketahui
Nilai: Belas kasihan, sabar
P’ajaran: Belas kasihan orang susah, sabar hadapi semua kemungkinan
Puisi: F4: Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih
P’soalan: Kebesaran dan kemuliaan raja, putera raja lahir diiringi kejadian aneh
Nilai: Sabar
P’ajaran: Jangan habis masa bersuka-ria, terima kejadian aneh dengan tenang, ayah sambut kelahiran anak dengan syukur
Puisi: F4: Gurindam Baris Hadapan
P’soalan: Ilmu penting dalam hidup, ilmu mesti diamalkan, ilmu meningkatkan keyakinan, ilmu dorong orang selesai masalah, ilmu beri manfaat jika berkembang
Nilai: Gigih, tabah, rajin
P’ajaran: Amalkan ilmu, jangan buat kerja yang tidak diketahui, jangan cakap banyak kalau tidak berilmu, tabah tuntut ilmu, sampaikan ilmu kepada orang lain
Puisi: F4: Seloka Pak Kaduk
P’soalan: Nasib malang jika tidak berhati-hati, kerja keterlaluan merugikan diri
P’ajaran: Jangan tindak terburu-buru kerana akan merugikan diri
Puisi: F5: Pantun 6 Kerat
P’soalan: Berani tempuh cabaran, wanita hilang akhlak hina, gigih capai k’jayaan, hilang tempat b’gantung susah tak tentu arah
Nilai: Berani, gigih, berdikari
P’ajaran: Berani hadapi cabaran, jaga maruah diri, gigih capai k’jayaan, jangan mudah putus asa
Puisi: F5: Pantun 8 Kerat
P’soalan: Syukur atas nasib, sopan menjamu selera, bijak sesuaikan diri di rantau
Nilai: Bersyukur, percaya qadak qadar, simpati orang malang, sopan, bijaksana
P’ajaran: Syukur Tuhan, kerjasama dalam bekerja, pandai sesuai diri di perantauan
Puisi: F5: Syair Jong Pecah
P’soalan: Perpaduan penting negara aman, negara daulat tergugat rakyat berpecah, negara dijajah hilang identiti
Nilai: Bersatu padu, cinta tanahair, berjasa, tabah
P’ajaran: Bersatu padu negara aman, jangan sengketa, berani berjuang merdeka, sanggup berkorban daulat negara, sedar dijajah itu buruk


Puisi: F5: Syair Kelebihan Ilmu
P’soalan: Ilmu penting dalam hidup, ilmu banyak manfaat, ilmu luas bidang, ilmu penting sejahtera dunia akhirat
Nilai: Ilmu panduan kehidupan, gigih menuntut ilmu
P’ajaran: Tuntutlah ilmu kerana berguna, hargai ilmu, gunakan ilmu untuk cita-cita, gigih tuntut ilmu kerana ilmu luas
Puisi: F5: Gurindam Pelihara Anggota & Hati
P’soalan: Dengki bawa kepada kejahatan, hati berkuasa dalam diri, kata tanpa fikir rosak diri, marah perlu dikawal, bohong rosak maruah diri
Nilai: Berhati-hati bekerja, baik hati orang lain, jangan bohong, sabar jangan marah
P’ajaran: Pelihara pandangan, jaga hati, jangan dengki, fikir sebelum kata, jangan marah, jangan bohong
Puisi: F5: Seloka Pandai Pak Pandir
P’soalan: Watak dungu Melayu dulu, bodoh rugikan diri, suka meniru tanpa sedari kemampuan diri, tidak sedar diri lemah
P’ajaran: Jangan utama orang dagang anak dipijak, jangan buat kerja sia-sia, jangan harap yang belum pasti, jangan mudah dipengaruhi kata manis, hati-hati buat kerja, sikap waras dalam hidup.
Sajak: F4: Aku Menjadi Lebih Berani
Tema/P’soalan: Kaum wanita berani hadapi hidup, kata lebih tajam dari pisau, hati bentuk keberanian, fizikal tidak gambarkan ikhlas
Nilai: Berani, ikhlas
P’ajaran: Ikhlas dan jujur, berani hadapi cabaran, jangan nilai orang dengan luaran
Sajak: F4: Anak Laut
Tema/P’soalan: Derita hidup nelayan, laut sumber rezeki nelayan, nelayan tua tetap rindu kerjanya
Nilai: Berani, gigih/cekal, simpati
P’ajaran: Berani dalam cari rezeki, sabar ketika susah, ingat hari kematian
Sajak: F4: Derita Pertama
Tema/P’soalan: Sukar hadapi hidup baru seorang diri, sedih seorang diri, bingung tidak tahu apa-apa di tempat baru
Nilai: Berani, sesal kesalahan
P’ajaran: Sedia terima hukuman, berani dalam hidup, akui kebesaran Tuhan
Sajak: F4: Jalan-Jalan Raya Kotaku
Tema/P’soalan: Susah pengguna jalan raya kota, pengguna jalan raya sombong, jalan raya tempat berlumba
Nilai: Sabar
P’ajaran: Sabar ketika sesak jalan, jangan sombong dan tindak ikut perasaan, bersopan di jalan raya, jangan lumba di jalan raya
Sajak: F4: Manusia dan Kesejahteraan
Tema/P’soalan: Kekejaman sukarkan aman, manusia selalu konflik, manusia bodoh hancur dunia, hidup sejahtera kalau kembali agama
Nilai: Taat agama, berdikari
P’ajaran: Usaha berdamai, jangan kejam, jangan pura-pura, kembali kepada agama
Sajak: F4: Pembeli Masa Sudah
Tema/P’soalan: Teliti pilih bahan karya, jiwai pengalaman untuk tulis karya baik, karya gambar peribadi orang, pengalaman sumber p’hasilan karya
Nilai: Gigih dan rajin, fikiran luas, cermat
P’ajaran: Jiwai peristiwa untuk tulis karya, hati-hati pilih bahan karya, fikiran terbuka terima pandangan
Sajak: F5: Tukang Gunting
Tema/P’soalan: Orang bawahan gigih cari rezeki, tanggungjawab suami/ayah kepada keluarga, sabar dalam hidup, yakin dalam hidup, kerja tukang gunting tidak lumayan
Nilai: Kasih sayang, rajin, tabah, yakin diri
P’ajaran: Ketua keluarga gigih cari rezeki, cari rezeki halal, kerja ikhlas, rancang masa depan, jangan khayal banyak
Sajak: F5: Keindahan yang Hilang
Tema/P’soalan: Alam indah musnah kerana tercemar, hutan diteroka buruk untuk hidupan, alam musnah tidak dapat dikecapi generasi depan, ilmu maju bolehkan manusia ke angkasa lepas
Nilai: Tabah, bijaksana, yakin diri
P’ajaran: Rancang pembangunan, kuasai ilmu, usaha elak pencemaran, usaha pulihara alam yang tercemar
Sajak: F5: Di Kota Kecilku
Tema/P’soalan: Rindu penyajak pada tempat lahir, ayab ibu korban untuk beri pelajaran, hubungan rapat dengan rakan, korban guru mengajar, sayang kampung halaman walaupun berpindah
Nilai: Kasih sayang, tabah, bijak, kenang jasa
P’ajaran: Jangan mudah lupa kampung, anak harus kenang jasa ibu bapa, kenang jasa guru
Sajak: F5: Sejarah
Tema/P’soalan: Pengertian sejarah, sejarah mudah dilupakan, manusia belajar dari sejarah, manusia mengubah sesuatu mencipta sejarah, sejarah silih berganti
Nilai: Pasrah takdir, bijaksana, berani
P’ajaran: Belajar dari sejarah, usaha cipta sejarah baik, jangan zalim, usaha menyumbang kepada masyarakat
Sajak: F5: Duhai Pentafsir
Tema/P’soalan: Orang hilang arah setelah hidup di dunia, sesal kesilapan lama, penting agama dalam hidup, sedar untuk dekat dengan Tuhan, gigih cari hidup bahagia
Nilai: Gigih, cinta agama, insaf
P’ajaran: Insaf kesilapan lama, belajar agama ketika kecil, usaha kuatkan semangat, cari orang arif bantu ke jalan yang benar
Sajak: F5: Di Ruang Gemanya
Tema/P’soalan: Setia kepada tanah air, sanggup hadapi rintangan buat tanah air, sanggup sumbang tenaga dan idea, rintangan lumrah hidup yang dihadapi dengan berani
Nilai: Patriotik, jujur dan ikhlas, setia, berani
P’ajaran: Cinta negara, berani dan cekal, rakyat kerjasama isi kemerdekaan tanah air, sanggup korban untuk tanah air, rakyat setia negara

Pantun Nasihat


Nasihat
(Pantun Dua Kerat)
(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)

Text Box: Maksud 




Rangkap 1
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.


Rangkap 2
Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.


Rangkap 3
Orang yang tidak  insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.


Rangkap 4
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.


Rangkap 5
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.


Rangkap 6
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.


Text Box: Tema 




Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

Text Box: Persoalan 




1.    Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
2.    Persoalan perasaan yang mudah tersentuh.
3.    Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.




Text Box: Bentuk 



1.    Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
2.    Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang
dan sebaris maksud.
3.    Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
4.    Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
5.    Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima ’aa’ dan rima akhir rangkap keenam ’ab’.

Text Box: Gaya Bahasa 




Anafora
      Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Singkope
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Aliterasi
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Pengulangan bunyi konsonan ‘n’

Asonansi
Jika ada padi berhampalah,
Pengulangan bunyi vokal ’a’

Kata ganda
      Tanda bersatu bergotong-royong

Text Box: Nilai 




1.    Nilai rasional
Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.

2.    Nilai keinsafan
Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan.

3.    Nilai merendah diri
Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.
Text Box: Pengajaran  




1.    Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
2.    Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
3.    Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.
4.    Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.


Text Box: Latihan
 




1.    Berikan maksud rangkap
Gaharu cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal diam

2.    Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mendengar dan mempercayai kata-kata orang lain?


Jawapan:

  1. Maksud rangkap tersebut ialah seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.

  1.  Pada pendapat saya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain adalah kerana :

    1. Untuk mengelakkan salah faham.
    2. Supaya diri kita tidak terjebak dalam masalah.
    3. Supaya kita tidak mudah tertipu.

    Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

    Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

    ............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

    ............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

    ............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

    ............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

    .............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

    .............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

    .............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
    .